Punca-punca Masalah Jerebu
Jerebu ialah keadaan partikel terampai di atmosfera seperti gas-gas, debu, habuk, zarah di dalam keadaan udara kering. Keratan akhbar baru-baru ini yang diterbitkan pada 5 mac 2014 memberitahu tentang kualiti udara negara masih dalam keadaan tidak terkawal apabila empat kawasan merekodkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat dengan bacaan melebihi 100.
Terdapat beberapa punca utama masalah jerebu. Punca pertama ialah pembebasan asap daripada kenderaan. Peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya akan menyebabkan jumlah asap yang dikeluarkan dari paip ekzos kenderaan meningkat dan berlegar-legar di atmosfera dan terperangkap di lapisan ozon serta tidak dapat keluar ke angkasa lepas. Punca kedua ialah pembakaran hutan secara besar-besaran. Di negara jiran kita, Indonesia mengamalkan pembakaran hutan berikutan penambahan infrastruktur yang baru seperti bangunan dan sekolah. Apabila angin bertiup dari Sumatera ke Malaysia, angin tersebut akan membawa jerebu bersama kita. pembakaran hutan menyebabkan asap dan debu berterbangan di atmosfera lalu berlakulah jerebu. Seterusnya ialah kegiatan industri yang tidak terkawal. Negara bergantung banyak kepada bidang perindustrian berikutan keuntungan lumayan demi kemajuan negara. Sesetengah industri tidak memasang alat penapisan asap sedangkan mengandungi sulfur dioksida dan nitrogen yang boleh mengakibatkan udara menjadi jerebu. Segelintir pihak yang hanya menggunakan corong asap yang terlalu rendah sehingga menyalurkan asap beracun ke udara. Terakhir ialah semulajadi iaitu fenomena El-Nino. Suhu perairan di Lautan Pasifik meningkat. Pada masa yang sama, Asia Tenggara akan mengalami musim kemarau dan memudahkan kebakaran berlaku di Sumatera dan Kalimantan. Asap yang terlepas dan terperangkap di ruang angkasa terjadinya jerebu. Kesimpulannya, kualiti udara yang bersih amat penting untuk menjamin kesihatan penduduk di rantau ini.