WARNA
Warna sebenarnya memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian kita. Warna adalah sumber bahagia dan sumber kehidupan. Warna juga dapat memainkan personaliti individu. Melalui warna pakaian, dekorasi dan warna kadiaman, kita juga dapat mengetahui sikap atau personaliti bagi seseorang individu.
Melalui kriteria saya, saya lebih menjiwai warna biru berbanding warna lain. Pada pemikiran saya, biru dapat memberikan ketenangan fikiran. Dari segi persekitaran, sekiranya warna kediaman biru melambangkan keharmonian dan memberi kesan lapang dan menenangkan. Persekitaran seperti ini memang sesuai dengan jiwa saya yang sedikit baran ini. Apabila positif bertemu negatif, dapat meneutralkan keadaan. Oleh itu, warna kediaman sedikit sebanyak membantu dalam sumber kebahagiaan bagi sesebuah keluarga. Dari segi karakter, ciri-ciri yang dinyatakan dalam warna ini bersesuaian dengan saya iaitu bersikap lebih suka bersosial dan berkomunikasi dengan orang ramai. Dari segi penampilan di khalayak, saya lebih merujuk kepada warna coklat. Pada pemikiran saya, berpakaian coklat dapat memberikan suatu semangat iaitu keyakinan diri apabila berhadapan dengan khalayak ramai. Menurut karakter yang ada pada warna coklat, seseorang yang lebih bersifat keselamatan material, kekayaan, kematangan dan bertanggungjawab. Karakter ini sedikit sebanyak ada bersangkutan dengan saya. Selain itu juga, warna ini merujuk kepada membantu meningkatkan komitmen dan kesungguhan dalam melakukan sesuatu perkara. Walaupun bersangkutan tetapi ada sebahagian karakter yang tiada kena - mengena dengan diri ini seperti kekayaan. Sikap seperti bertanggungjawab ada di setiap tugasan yang diberi berikutan sifat bersalah menyelubungi diri sekiranya tidak menyiapkan sesuatu tugasan yang diberi pada tarikh yang ditetapkan. Daripada warna coklat ini juga, digambarkan sebagai warna tanah yang sentiasa menyimpan tenaga dan seterusnya memberi tenaga kepada pertumbuhan yang baru. Ini menunjukkan bahawa seseorang yang meminati warna coklat, secara tidak langsung seseorang yang penuh bertenaga dalam melaksanakan tugasnya. Insan ini akan mempunyai perasaan berkobar dalam melaksanakan tanggungjawab kerana supaya dapat menyiapkan dengan jayanya.
Kesimpulannya, cara hidup dan perwatakan sedikit sebanyak berhubung kait dengan warna yang dipilih dalam kehidupannya. Warna memainkan peranan terutama dalam perasaan kerana melambangkan keperibadian seseorang insan.