|
Pemandangan Keseluruhan UUM |
SUASANA PEMBELAJARAN DI UNIVERSITI
|
Dewan Tan Sri Othman |
|
Pintu Gerbang UUM |
Pembelajaran tidak hanya berkaitan dengan penambahan pengetahuan dan mengingat semula maklumat yang dipelajari tetapi merupakan aktiviti menguasai konsep dan memahami maklumat pengetahuan dan seterusnya dapat mengaplikasinya ke dalam kehidupan. Apabila sebut sahaja "suasana pembelajaran di Universiti" semua orang akan berfikir bahawa tempat tersebut merupakan kondusif dan dikelilingi persekitaran yang positif kerana mereka memandang 'belajar' sebagai masa depan mereka.
Setiap orang menghadapi suasana pembelajaran yang berbeza berdasarkan pengalaman atau perasaan seseorang terhadap tempat tersebut. Saya sebagai seorang pelajar jurusan Pengurusan Risiko dan Insurans, merasakan suasana pembelajaran dalam jurusan ini merupakan suatu yang paling mencabar dalam hidup. Berikutan kelas yang dilaksanakan sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris dan perlu mempunyai prinsip 'berdiri di atas kaki sendiri'. Kami didedahkan dengan pensyarah yang mempunyai pengalaman dalam industri yang cukup besar. Sebagai contoh, ada di antara pensyarah kami yang berlatar belakangkan industri insurans. Berikutan mempunyai suasana yang psoitif dalam pembelajaran, beliau banyak menurunkan ilmu kepada kami. Sebagai seorang pelajar, pelbagai pegajaran yang dapat diperoleh apabila bergelar mahasiswa. Setiap pelajar memandang sesuatu subjek merupakan suatu ilmu yang harus dituntut bagi mencapai satu impian iaitu mengenggam segulung ijazah. Sebagai seorang pelajar Pengurusan Risiko dan Insurans, hanya memandang subjek seperti takaful, insurans marin dan penerbangan, pengurusan manfaat bekerja, pengurusan risiko dan lain-lain lagi merupakan suatu yang rutin bagi pelajar jurusan ini. Suasana yang didedahkan oleh pensyarah sama ada kes di dalam atau luar negara, memang menarik minat bagi pelajar jurusan ini kerana melibatkan persekitaran seharian kita. Berdasarkan ilmu yang diperoleh, menimbulkan penambahan tarikan minat pelajar jurusan ini untuk terus mendalami bidang risiko dan insurans kerana banyak melibatkan kes besar di dunia berkaitan dengan bidang kami. Kami sentiasa didedahkan oleh pensyarah dengan isu semasa yang melibatkan bidang kami dan minat semakin bertambah hasil perkongsian ilmu yang diberi.
|
Perpustakaan Sultanah Bahiyah |
|
Dewan Kuliah Gugusan (DKG) |
Tuntasnya, suasana pembelajaran yang positif dapat menimbulkan minat seseorang terhadap sesuatu perkara yang belum pernah dialami lagi.
No comments:
Post a Comment