MELAWAT TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI LANGKAWI
Kepulauan Langkawi terdiri dari gugusan 99 buah pulau tropika di persisiran pantai barat laut Semenanjung Malysia. Jarak perjalanan ialah kira-kira 30 km dari Kuala Perlis dan 51 km dari Kuala Kedah. Pulau yang di kenali seluruh dunia ini ialah Pulau Langkawi.
Pulau Langkawi mempunyai warisan yang begitu unit dan penuh dengan cerita hikayat perwira, burung raksasa, dan puteri jelita dari kayangan. Langkawi dianggap syurga tropika yang mekar dengan tumbuhan khatulistiwa dan didiami oleh habitat yang terpelihara. Dengan sejarah alamnya bermula dari 500 juta tahun dahulu, pulau ini terdiri dari rangkaian batu-batan yang unik dan merangsangkan imaginasi pengunjung dengan penuh tanda tanya. Gua-gua dihiasi indah oleh rangkaian 'stalaktit' dan 'stlagmit' menjemput mereka yang berani untuk menjelajahi gua-gua tersebut.
TANJUNG RHU LANGKAWI
Tanjung Rhu terletak di sebelah utara Pulau Langkawi dan dinamakan Tanjug Rhu kerana terdapat banyak pokok-pokok rhu di sekitarnya. Pemandangan yang indah di sepanjang pantainya pasti memukau setiap mata yang memandang. Perjalanan yang singkat dengan menggunakan bot dari Pangkalan Tanjung Rhu akan membawa ke pintu Gua cerita yang meyimpan pelbagai cerita misteri, terdapat juga tulisan kuno yang masih belum dapat di tafsirkan sehingga kini dan ianya masih boleh dilihat di dinding-dinding gua tersebut.
TASIK DAYANG BUNTING
Tasik Dayang Bunting terletak di sebelah selatan Pulau Langkawi dan di kelilingi oleh tumbuh-tumbuhan hijau, serta merupakan tasik yang terbesar di Pulau Langkawi. Bukit bakau dan gunug-ganang disekeliling tasik tersebut kelihatan seolah-olah seperti tubuh wanita yang hamil yang sedang berbaring. Tasik dan pulau ini mendapat nama dari kisah dongeng masa lalu. Lagenda ini bermula dengan pencintaan kayangan mengahwini puteri bumi. Anak sulung puteri tersebut mati apabila dilahirkan. Maka dengan rasa sedih beliau telah mengebumikan mayat anaknya di tasik tersebut. Sebelum pulang kekayangan, beliau berdoa melalui saat itu, setiap wanita yang tidak mempunyai anak akan dikurniakan anak sekiranya mandi atau minum air ditasik tersebut.
TAMAN LAUT PULAU PAYAR LANGKAWI ATAU MARINE PARK
Taman Laut Pulau Payar terletak di bahagian utara Selat Melaka, kira-kira 19 batu nautika ke selatan Pulau Langkawi. Taman Laut ini terdiri daripada Pulau Payar, Pulau Lembu, Pulau Seganag dan Pulau Kaca yang di kelilingi oleh batu-batu karang. Ianya juga dipenuhi dengan pelbagai hidupan laut yang mempersonakan. Sesuai untuk aktiviti 'snorkeling', menyelam dan berenang. Ada beberapa pantai pasir yang sesuai untuk berkelah, tempat untuk berbeku dan bilik air di kawasan tertentu. Terdapat juga kawasan penerangan pelawat yang menyediakan maklumat mengenai Taman Laut ini. Pelawat juga boleh ke Pulau Payar dari Jeti Kuah menggunakan bot laju. Perjalanan ini mengambil masa kira-kira 45 minit sahaja.
PEKAN KUAH PUSAT BANDAR PULAU LANGKAWI
Pekan Kuah yang terletak di tenggara Pulau Langkawi merupakan pusat untuk semua pelancong berkunjung ke pulau-pulau lain dengan menggunakan feri. Nama 'Kuah' ini berasal dari cerita dongeng mengenai pergaduhan di antara dua ekor gergasi yang mengakibatkan sebelanga kari tertumpah di kawasan ini. Sempena dengan peristiwa tersebut, tempat ini diberi nama 'Kuah'. Dahulunya, Kuah hanya merupakan sebuah pekan kecil tetapi kini ia merupakan pusat bandar yang begitu maju dengan pelbagai kemudahan penginapan dan perniagaan tetapi ianya tidaklah sesibuk bandar-bandar besar yang lain. Kuah ialah pusat membeli-belah bebas cukai dengan pelbagai barangan yang bermutu manakala restoran-restoran di sini juga banyak menghidangkan masakan yang lazat terutamanya makanan laut. Kuah juga adalah salah satu pusat pentadbiran di Pulau Langkawi.
MAKAM MAHSURI LANGKJAWI
Makam Mahsuri terletak kira-kira 12 km dari bandar Kuah. Ia merupakan makam peringatan ke atas pengorbanan Mahsuri di Langkawi iaitu yang telah dituduh melakukan perkara sumbang. Mahsuri dijatuhkan hukuman bunuh ditikam sehingga mati dengan sebilah keris. Menurut lagenda, darah putih telah mengalir keluar dari tubuh Mahsuri setelah ditikam dan di saat-saat menemui ajalnya, beliau telah bersumpah ke atas Pulau Langkawi yang mana ia tidak akan maju dan bahagia selama tujuh generasi. Samada dongeng atau mitos, tujuh generasi telah berlalu dan sekarang Langkawi mengalami arus pembangunan yang begitu pesat sekali.
TELAGA AIR HANGAT LANGKAWI.
Telaga Air Hangat terletak dikawasan seluas empat ekar kira-kira 14 km dari Kuah. Kompleks moden ini dihiasi dengan tiga tingkat pancutan air panas dan mural dari batu sungai sepanjang 18 meter yang menceritakan lagenda tempat tersebut.
LANGKAWI ORIENTAL VILLAGE
Oriental village merupakan satu lagi destinasi pusat membeli belah, kebudayaan dan masakan terkini dan unit di Pulau Langkawi. Ianya direka khas untuk menyediakan suasana baru membeli belah di pulau peranginan bebas cukai, ia juga turut menempatkan restoran-restoran bertema yang menyediakan berbagai jenis masakan Asia. Oriental Village menawarkan lebih daripada 470 jenis jenama pereka antarabangsa dan tempatan serta 17000 jenis barang, pasti memukau mata para pengunjung. Pertunjukan kebudayaan dan fesyen serta demonstrasi kraftangan oleh pakar kraftangan menambahkan lagi suasana kemeriahan membeli belah di situ. Ia berdekatan dengan Langkawi Cable Car, aktiviti menunggang kuda dan air terjun Telaga Tujuh.
UNDERWATER WORLD LANGKAWI.
Kita boleh menyaksikan berbagai hidupan laut yang di tempatkan didalam tangki kaca. Ia terletak di Pantai Cenang dan merupakan pusat tarikan yang menarik di Langkawi. Terdapat lebih 5000 jenis hidupan laut dipamerkan didalam lebih 100 tangki kaca yang berbagai saiz dan jenis. Tarikan utama adalah ikan-ikan yang besar seperti jerung, pari tropika, penyu serta yang terbaru seperti anjing laut, penguin dan naga laut. Terowong sepanjang 15 meter telah di bina untuk kemudahan pengunjung berjalan sambil melihat keindahan hidupan laut yang mempersonakan.
AIR TERJUN TELAGA TUJUH (SEVEN WELLS)
Telaga Tujuh terletak disebelah barat laut Pulau Langkawi, Telaga Tujuh merupakan telaga yang terbina dari kejadian bumi yang menakjubkan. Dinamakan Telaga Tujuh kerana air terjun ini terbentuk dari pecahan 7 telaga semula jadi. Kehijauan pepohon disekitar Telaga Tujuh menambahkan lagi suasana tenang disekelilingnya. Mengikut lagenda, puteri-puteri dari kayangan sering mandi-manda di telaga ini.
SUNGAI KILIM GEOFOREST PARK LANGKAWI.
Bagi yang gemar menghayati keindahan alam, Langkawi menawarkan pemandangan indah dan pengalaman yang sukar dilupakan, aktiviti bermula dengan menaiki bot laju ke Taman Alam Sungai Kilim geoforest park, sebuah dunia yang berlainan sama sekali. Taman yang seluas 100 km persegi ini diselubungi kehijauan hutan paya bakau yang dilindungi, serta ditaburi pantai terpencil yang putih bersih dan teluk kecil dengan air yang biru dan jernih. Struktur batu kapur yang muncul dari lantai paya bakau dan laut membentuk keunikan geologi yang menakjubkan dengan gelaran seperti kuil Borobudur, Batu Gajah dan Taman Gantung. Selain itu Gua Cerita dan Gua Kelawar yang dikaitkan dengan lagenda dan pelbagai kisah cinta dan misteri.
LAMAN PADI LANGKAWI
Merupakan lokasi yang mesti dilawati oleh penggemar pelancongan berasaskan pertanian. Terletak di Pantai Cenang, kawasan pantai peranginan yang terkemuka Langkawi dan hanya 10 minit dari Lapangan Terbang, Laman Padi Langkawi menjadi pusat untuk mempamerkan sejarah, warisan dan kemajuan industri penanaman padi negara. Diantara tarikan disini ialah muzium beras yang mempamerkan artiak, carta dan gambar menunjukkan kepentingan penanaman padi kepada negara. Pelawat berpeluang menikmati pemandangan laman ini dari taman atas bumbung.
DATARAN HELANG LANGKAWI
Dataran Helang terletak berhampiran dengan jeti Kuah. Tarikan utama ialah arca seekor Burung helang. Menurut Lagenda, Langkawi mendapat nama dari perkataan 'Lang' yang merupakan nama pendek bagi 'helang'. 'Kawi' mengikut istilah melayu kuno bermaksud coklat. Maka Langkawi bermaksud Helang Coklat. Dataran tersebut terdapat sebuah tasik yang indah, restoran, jejambat, jeti dan teres yang berbumbung. Kedudukannya yang berdekatan dengan pantai menjadikan ia sebuah tempat yang menarik bagi pengunjung yang bersiar-siar dan juga menikmati makan malam. Dataran Lang ini kelihatan amat indah terutama di waktu malam. Arca Helang ini terletak di tempat yang strategik bagi mengucapkan 'Selamat Datang' kepada para pelawat yang mengunjungi Langkawi.
SERBA SEDIKIT CERITA TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI LANGKAWI YANG DISEDIAKAN.
No comments:
Post a Comment